Wednesday, 30 July 2008.
♥

Yang dicari walau bukan putera raja ,
biarlah putera agama.
Yang diimpi biarlah tak punya rupa ,
asal sedap dipandang mata .
yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani ,
asalkan sihat ruhani , sempurna hati.
Yang diharap bukan jihad pada semangat ,
asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang tak perlu rijal yang gemilang ,
kerana saya serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti bukan lamaran dengan permata ,
cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
saya redha ketetapan Ilahi..
Ya Allah , kuatkanlah diriku .
Redhakanlahku dengan segala ketentuanMu.
kerana hanya Engkau sahaja yang memahami isi hatiku .
" Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.." [An-Nisaa’:120]
Allahu A'laam .

