Thursday, 8 May 2008.

Indahnya bila bersahabat kerana Allah.

dulu saya selalu tertanya.
kenapa ye mesti ada persengketaan bila saja dua insan sedang bahagia?

dulu kami pernah rapat.
kami berjanji akan selalu bersama.
kami merancang utk masa depan kami.
tetapi tiba-tiba salah satu dari kami berubah hati.
lupa ke dia pada janji-janji nya?

tidak cukup dengan berubah hati.
pertengkaran kami sengaja ciptakan.
kami ungkit kisah dulu yg menjadi duri dalam perbualan kami.
silap kecil kami sengaja perbesarkan.
fitnah pula makin melilau-lilau.
kata-kata kasar terus menjadi dialog kami.
dhaifnya kami.

kini baru saya sedar.
tidak ada sesiapa yang salah dimata manusia.
tetapi dimata PENCIPTA kami berdua salah.
kami tdk meletakkan hubungan kami dilandasan yang benar.
kami menjalikan hubungan bkn kerana ALLAH.
bagaimana Allah ingin mengekalkan hubungan kami sedangkan kami tidak mengikut perintahNya?

dahulu saya marah pada takdir.
saya marah bila org yg saya rapat tinggalkan saya.
tetapi kini saya sedar takdir terlalu indah untuk saya ungkapkan.
saya mungkin kehilanggannya tetapi saya telah digantikan dengan
sesuatu yg lebih indah.
iaitu masa depan yg lebih terjamin dan
teman-teman yang menjadi dahan untuk saya berpaut sewaktu lemah.

saya tetap disini.
memerhatikannya dari jauh.
antara kami sudah terpisah beribu hari dan kami makin jauh.
tetapi ketahuilah saya selalu mengharap yang terbaik.
setiap perkembangan awk kadang-kala meninggalkan kesan buat diri saya.

dulu saya pernah berjanji :

"andai saya tak mampu menjadi lampu yang menerangi malamu.
memadailah saya menjadi kunang-kunang yang menemani kegelapanmu.."


saya takkan mungkiri janji saya.



Saye CURIK ni dari blog Dijah ..
Kekate yang ditulis mengingatkan saye pd orang-orang tertentu ..
haizzz..
:(
takper2 .. Redha ..
:)