Friday, 14 March 2008.

KHAS UNTUK AWAK.

Ya Allah..
Perkenankanlah doanya..
Makbulkanlah permintaannya..
Capaikanlah segala cita-citanya..
Lindungilah dirinya..

Ya Allah..
Jika benar-benar takdirnya disana,
terangilah hatinya..
terangilah jalannya..
permudahkanlah segala urusannya..
agar dapat dia membina ilmu dengan mudah
dan mencapai segala yang dicita..

Ya Allah..
Jika benar ini takdir untuk kami,
beritahu dirinya bahawa sesungguhnya dia tetap dihati,
dia tetap didalam setiap do'aku..

Ya Allah..
Jika benar ini takdir untuk kami,
beritahu dirinya bahawa walau apapun yang terjadi,
diriku akan tetap setia disini,
menjadi teman sejati,
setiap kepulangannya akanku setia menanti..

Wahai teman sejati..
jika benar takdirmu disana,
jangan dikau risaukan,
sokonganku akan setia bersamamu,
kebahagiaanku turutku sertakan jua..
biar jauh beribu batu,
namunku redha kerana ianya demi masa depanmu..

Akhir sekali teman..
selamat maju jaya ku ucapkan,
semoga selamat dikau disana,
segala cebisan kenangan akanku sematkan,
segala janji tetapku pegang..



kenanglah setiap pertemuan,
kerana disitulah terciptanya suatu keindahan..
kenanglah setiap perpisahan,
kerana disitulah terciptanya suatu kerinduan..

Labels: