Tuesday, 29 January 2008.
♥
Andainya mudah bagikumengungkapkan segala yang terbuku dihatiku..
Tapi apalah dayaku
Aku hanya manusia yang lemah..
Maafkan aku seandainya aku tidak bisa
Kerana ianya terlalu sukar..
Hanya DIA sahaja yang mengetahui segalanya..
Biarlah aku membiarkan ia menjadi suatu rahsia..
Dan biarkan takdir yang menentukan segala..
Jangan memberiku harapan
Seandainya dikau tidak bermaksud sedemikian
Jangan mempermainkan perasaan
Kerana sesungguhnya aku terlalu mudah percaya
Aku terlalu jahil didalam perkara sebegini
Janganlah dikau mengambil kesempatan diatas kejahilanku ini..
Tidakku berani meletakkan harapan lagi padamu
Kerana ku sedar siapa diriku
Bagaikan langit dan bumi bezanya
Namun sedarilah bahawa
Kepedihanmu ku turut merasa
kebahagiaanmu adalah kebahgiaanku juga
biar aku yang harus terluka..
Senyuman ku ukir
Tawa ku nampakkan
Supaya tidak terlihat
Luka yang berdarah di jiwa..
Labels: ku tak bisa juarai jiwa yang ku tak punya.

